Tuesday, September 16, 2014

AIRMATA SEORANG MAHATHIR

Di ufuk masih mencabar wawasan yang kau asaskan.
Masih ku ingat pesan mu itu, "Perjuangan Masih Panjang".
Mahathir kau inspirasi. Pejuang berdedikasi.
Engkau berjuang memimpin bangsa.
Ku turut jejak langkah mu.
Berlinang airmata mu.
Meratap nasib bangsamu yang masih lagi dijajah.
Oh di minda... Oh di minda.
Berlinang airmata mu mengalir ke sungai waktu.
Waktu yang menelan usia.
Ku tatang airmata mu, Mahathir pemimpin unggul.
Berpatah sayap, bertongkat paruh, berjuang terus berjuang.



Lagu ini dicipta khas bagi mengenang jasa YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada pembangunan dan kemajuan Malaysia. Lagu ini juga adalah sebagai tanda terima kasih dari rakyat Malaysia yang telah menikmati hasil kemajuan negara dan sangat menghargai hasil kerja kuat Tun Dr. Mahathir demi rakyat secara umum. Beliau yang kini berusia 89 tahun, masih lagi aktif bekerja dan terlibat di dalam pelbagai aktiviti yang kemasyarakatan. Beliau juga masih aktif berfikir dan memberi sumbangan buah fikiran demi kebaikan Malaysia secara umum dan bangsa Melayu secara khususnya.

Tun Dr. Mahathir telah mentadbir Malaysia bermula 15 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun 3 bulan 16 hari. Ianya hampir sama dengan tempoh turunnya wahyu (Al-Quran) kepada Nabi Muhammad iaitu selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Ini bukanlah satu kebetulan melainkan ia sebenarnya membawa makna yang besar kepada Tun Dr. Mahathir sendiri. Beliau mengambil sempena tempoh itu sebagai simbolik kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam, agar sentiasa rajin berfikir dan berusaha untuk maju dengan berpandukan kepada Al-Quran serta Sunnah Nabi Muhammad. Ia juga adalah simbolik kepada kepada slogan pertama yang beliau perkenalkan pada awal pentadbirannya iaitu "Bersih-Cekap-Amanah".

Kepada yang menyayangi dan mengkagumi YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, diharap dapat berkongsi lagu dan artikel ini kepada rakan-rakan lain sebagai tanda sokongan.

Terima kasih.